Kedai Kucing Murah di Semenyih

Port baru beli barang keperluan kucing di Semenyih – Rasa Sayang Pet Mart. Tengok nama pun unik sebab selama ini kalau kedai kucing je, mesti ada perkataan Pet Shop atau Petshop. Tapi, kedai kucing ini guna perkataan Mart hihi. Lain daripada yang lain bagi aku.

Selama ini aku hanya lalu sahaja. Kedudukannya berhampiran dengan Tesco Taman Pelangi Semenyih. Tak terfikir nak masuk selama ini. Tapi, semalam benak hati memang nak masuk tengok apa yang depa jual. Besar rupanya lot kedai kucing ini. Penuh dengan barangan keperluan kucing.

Boleh tahan banyak dan rasanya harga yang ditawarkan pun berpatutan. Ada yang lebih murah dan mahal berbanding kedai kucing lain. Win win situation. Apa yang aku perasan, pasir kucing jenis pine wood dijual pada harga yang jauh lebih murah – 20kg pada harga RM55 hingga RM59 mengikut jenama. Pasir kucing biasa pula dijual pada harga sekitar RM15. Siap ada promosi kalau beli 4 boleh dapat harga RM50. Jimat RM10 camtu.

Makanan kucing jenama Dormeo kat sini diorang jual RM139 / RM149 seingat aku. Agak mahal beberapa ringgit berbanding Kedai Kucing Jalan Reko / Melaka. Boleh dijadikan sebagai tempat backup kalau stok tiada hihi. Ini cuti raya haji ini boleh menyinggah kedai kucing di Melaka. Kalau murah, boleh beli apa yang perlu buat stok. Kalau sempat ler.

Insyaallah next time nak ronda satu kedai kat sini. Hari itu agak rushing, jadi tak sempat ronda. Nak tengok bekas makan automatik kalau ada. Kalau ada fountain pun menarik juga.