Info Terkini Mengenai MAHA 2020

Pandemik COVID-19 telah mengubah kaedah penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2020). Ia dijadualkan bakal dianjurkan mengikut ketetapan seperti berikut:-

  • Tarikh: 26 hingga 29 November 2020
  • Tempat: Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Baca: Digital Marketing Taglines Crazy Example

Fakta Mengenai MAHA 2020

Penganjuran MAHA 2020 yang akan diadakan secara fizikal dan maya (virtual)

Jumlah pengunjung akan dihadkan setakat 70,000 sehari berbanding hampir 300,000 sehari pada penganjuran sebelum ini.

Jumlah gerai dalam dewan pameran juga dikurangkan supaya ada penjarakan antara satu sama lain selain ada sesetengah pameran seperti pameran ternakan ditiadakan.

Baca: Goreng Ikan Patin Guna Air Fryer

Peserta yang diberi kad jemputan saja yang dibenarkan masuk ke tapak pameran manakala kehadiran mereka perlu direkodkan. Manakala, peserta antarabangsa hanya dibenarkan terbabit secara dalam talian (online).