Mahu Beli Kucing – British Shorthair Cat

Megikut rekod, baka kucing British Shorthair ini dikatakan berasala dari benua Eropah. Ia dibawa masuk ke Britain ketika era penjajahan Roman sekitar abad pertama AD. Oleh sebab itulah baka kucing ini juga dikategorikan sebagai antara baka kucing tertua didunia.

Lazimnya, ciri kucing British Shorthair yang popular ialah berbulu ‘British Blue’ bermata tembaga serta ekor yang sederhana panjang. Antara keunikan yang ada pada baka kucing ini ialah badannya yang montel, bulu lebat serta muka yang agak lebar. Tahukah anda, variasi warna pada kucing ini bukan setakat ‘British Blue’ sahaja. Ia juga mempunyai warna lain seperti hitam, putih, krim, keemasan malahan turut punya vasiasi warna seumpama kucing baka Himalaya dan Siam.

Dek kerana popularitinya inilah ia turut dimasukkan ke dalam salah satu watak bernama Cheshire dalam buku Alice in Wonderland.

Secara umumnya, kajian menunjukkan baka kucing British Shorthair ini mampu hidup sehingga sekitar 14 hingga 20 tahun. Jadi, tidak hairan jika pemiliknya menjaga kesihatan dan kemandirian, si comel ini mampu hidup lebih lama lagi. Ia juga terkenal sebagai antara kucing yang awet muda.

Insyallah, dalam tempoh 3 tahun ini akan membela kucing baka British Shorthair (jika diizinkan tuhan). Harga pasaran bagi kucing baka ini ialah sekitar bawah RM3,000 (jika pure breed katanya). Namun, jika bijak mencari dan rezeki terpijak, mungkin boleh diperoleh pada harga atau kos sangat minimum hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *