Hari Kebangsaan – Selamat Menyambut Hari Merdeka Tahun 2020

Tema Merdeka 2020

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2020 adalah bertemakan “Malaysia Prihatin”.

Baca: Info Terkini Mengenai MAHA 2020

Keterangan Tema

Seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19.

PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.

Semangat MALAYSIA PRIHATIN ini dizahirkan bukan sahaja oleh mereka yang bertugas di barisan hadapan, malahan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang merupakan wira tidak didendang. Mereka tampil untuk memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Ini petanda baik yang membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu sama ada di waktu susah apatah lagi dalam waktu senang.


Logo Merdeka 2020

Rasional Logo

Logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Maksud Logo

  • Logo berbentuk hati: melambangkan Keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
  • Warna biru tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
  • Bulan Sabit: Islam adalah agama bagi persekutuan.
  • Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah begeri dan kerajaan Persekutuan.
  • 7 Jalur Merah Putih berbentuk hati: Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
  • Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
  • 5 titik merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Baca: The Ordinary Serum – Beza Niacinamide dan Alpha Arbutin

Aktiviti dan Program Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2020

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai program telah, sedang dan bakal diadakan. Ini termasuk Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara yang telah YAB Perdana Menteri lancarkan pada 9 Julai, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada hari 28 Julai, disusuli dengan Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak pada 16 September.

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, kementerian- kementerian dan agensi-agensi kerajaan diminta untuk mengalakkan penyertaan aktif semua lapisan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka. Kesemua aktiviti ini diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *