21 Bergambar – Kata Kata Adik Beradik

kata Adik Beradik

Adik Beradik – Antara insan yang paling boleh dipercayai dan diharapkan.

ADIK BERADIK. Baik atau buruk dia, dia tetap adik beradik kita. Ibarat air dicincang takkan putus.

ALLAH tak suka hamba-Nya bertengkar sesama sendiri hingga memutuskan silatulrahim. Apatah lagi jika putuskan hubungan adik-beradik. Yang sepatutnya ialah dengan adik beradik, perlu saling tegur menegur, saling membetulkan kesilapan dan bukannya mencari kesalahan.

Doa Buat Adik Beradik – Ya Allah, rahmatilah kami adik beradik. Rapatkanlah hubungan kami dan luaskan rezeki kami adik beradik. Ya Allah, ampunilah dosa adik beradik kami. Jikalau mereka ada berbuat kesalahan, jauhkanlah kami dari sebarang sengketa. Aaamiin.

kata Adik Beradik

Baca: Bergambar : Kata Kata Cinta Bijak – Kehidupan

Seburuk-buruk adik beradik, ia tetap darah daging kita. Sehina-hina adik beradik, ia tetap keluarga terdekat kita. Sejahat-jahat adik-beradik. ia tetap dikandungkan dari penuh yang sama dan benih yang sama. Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikannya kerana adik beradik tetap adik beradik.

ADIK BERADIK adalah umpama harta yang paling berharga. Kasih sayang mereka tidak akan pudar walau apa pun terjadi. Baik buruk yang ada pada diri mereka tetap juga darah daging kita.

Ya Allah, rapatkanlah hubungan kami adik-beradik, rahmatilah kami adik-beradik. Eratkanlah tali silaturrahim kami yang penuh berkah. Ampunilah kami adik-beradik. Aaamiiinnn

Ramai yang lebih suka tolong orang luarb berbanding adik-beradik sendiri. Sebab, orang luar kita dapat nama dan pujian. Tapi, kita lupa Nabi Muhammad SAW dah pesan: Sedekah kepada adik-beradik yang misakin akan dapat 2 fadilat berbanding sedekah kepada orang lain iaitu dapat PAHALA dan SILATURRAHIM.

kata Adik Beradik

Jangan selalu lihat keburukan adik-beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik beradik tetap adik beradik. Cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Baca: Kartu Bergambar: Ucapan Ulang Tahun Untuk Suami

Kadang kala adik-beradik yang suka meraikan kita dengan makanan bukan kerana mereka berharta, tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi segalanya.

Jangan benci, jangan sombong, jangan angkuh dan jangan sesekali singkirkan adik-beradik dalam hidup kita. Nanti, bila kita dah tiada, adik-beradik itulah yang terawal datang, menguruskan jenazah kita. Mereka darah daging kita.

Air dicincang takkan putus. Bertengkar, marah, merajuk macam mana sekalipin, kasih sayang adik beradik tetap tidak berbelah bagi.

kata Adik Beradik

Bergambar – Kata Kata Adik Beradik Bergambar – Kata Kata Adik Beradik