Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Bila adik-beradik bergaduh, hilang rahmat Allah dalam keluarga itu. Sebab itu penting untuk kita jaga hubungan dengana dik-beradik. Salah satu punca hidup kita semput adalah sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.

Ya Allah, jadikanlah kami adik beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Allah, rapatkanlah kami hubungan adik beradik. Rahmatilah kami adik beradik. Ampunilah segala dosa-dosa kami sekeluarga.

Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Jagalah hubungan adik-beradik bila ibu bapa tiada nanti. Mereka adik-beradiklah tempat kita menumpang kasih. Air yang dicincang tidak akan putus. Darah yang mengalir dan daging yang menyaluti tubuh daripada benih dan perut ibu yang sama. Adik beradik kita dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhanku. Lindungilah adik-beradikku walau di mana mereka berada. Ampunilah dosa-dosa mereka. Luaskan rezeki mereka. Jadikan kami adik beradik yang bersatu hati.

Baca: Bergambar : Kata Kata Cinta Bijak – Kehidupan

Ya Allah, jadikanlah kami adik beradik yang bersatu hati, rapat, mengambil berat, tidak berkelahi, bermaafan, mengharumkan nama ibu bapa, bantu membantu, tegur mengur dan bertemu di syurga kelak. Aaamiiin

Adik Beradik Kita Adalah Anugerah.Mungkin kadang kita rasa dia menyusahkan. Tapi, bila kita betul-betul susah, dialah yang menolong tanpa bantah.

Adik beradik ibarat garam. Bila ada, kita tak kisah. Bila tiada, mulalah kita gelisah.

Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Adik beradik ibarat gula dalam kopi. Jika ada kita buat tak sedar. tapi, jika tiada kita berdebar.

Adik beradik ibadat suis lampu. Saat terang kita tak peduli. Tapi, saat gelap kita meraba mencari. Jagalah mereka saudara sedarah. Pasti hidup kita akan berkah.

Baca: 19 Ucapan2 Waalaikumussalam Salam Jumaat

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Selamatkanlah adik beradik kami. Sihatkanlah mereka dan murahkanlah rezeki mereka kerana aku sayang mereka.

ADIK BERADIK – Waktu kecil dulu, kita amat akrab. Main sama-sama, lompat sana sini. Terasa sungguh sunguh nostalgia.

Jangan sombong dengan adik-beradik. Nanti yang awal datang siapkan jenazah kau bukan orang lain, tapi adik beradik sendiri juga.

Utamakan keluarga. Ingatlah saat semuanya runtuh dan gagal, keluarga adalah tempat kamu kembali.

Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *