Koleksi Teka Teki Susah Kow-Kow

Teka Teki Susah

Soalan: Ada satu benda ni, kalau kita tak bagitahu orang yang kita ada dia, dia akan tetap ada. Tapi, kalau kita bagitahu je orang, terus dia jadi tak ada. Apakah benda ni?

Jawapan: Rahsia. Bila dah bagitahu orang, takdelah rahsia lagi.


Soalan: Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?

Jawapan: Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.


Soalan: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang tak boleh tengok matahari?

Jawapan: Katak di bawah tempurung.


Soalan: Ikan apa yang paling rajin?

Jawapan: Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium

Teka Teki Susah

Soalan: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?

Jawapan: Donut, Kuih keria

Read: Teka Teki – Kucing Apa Pandai Menyanyi?


Soalan: Batu apakah yang tidak akan pernah dijumpai di dalam laut?

Jawapan: Batu karang – tuh lah dah lah kurang minum air jarang pastuh suka makan garam XD


Soalan: Jika Haziq berusia 4 tahun dan adiknya, Janna Nick berusia separuh daripada umur Haziq. Berapakah umur Haziq jika umur Janna Nick sekarang 28?

Jawapan: 30 lah. Kalau tak dapat kira sampai dapat. Hehehe


Soalan: Di Arab dia besar di China dia kecil ada pada ayam tiada pada itik

Jawapan: Huruf A. renung-renungkan. hehe


Soalan: Masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang. Siapa dia?

Jawapan: Mata kail. Abam kaki mancing takkan tak boleh jawab kot..


Soalan: Kalau seorang, dia sendiri tahu. Bila berdua pula, dua-dua mesti tahu. Tapi kalau bertiga, tiada yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat pula, lagilah tak tahu. Apa dia tu?

Jawapan: Kentut (lagi-lagi yang jenis silent killer.. senyap tapi membunuh.)


Soalan: Ada brader ni nak naik bas, tapi Dia ada 50 sen je. Masalahnya, tambang bas ke tempat dia nak pergi tu kena bayar 60 sen. Cuba teka apa dia buat untuk dapat ke tempat tu??

Jawapan: Buat muka seposen.


Soalan:

Andaikan anda pemandu bas..
stesen 1= 10 orang naik
stesen 2= 10 orang naik 15 tururn
stesen 3= 15 orang naik 20 orang turun
stesen 4= 24 orang naik 20 orang turun
stesen 5= 6 orang naik 5 orang turun

Siapakah pemandu bas ?

Jawapan: = diri sendiri la.. kan dah cakap awal-awal andaikan anda pemandu bas’

teka teki susah dan logik, teka teki susah tapi lucu, teka teki susah sangat, teka teki susah dan jawapan sekali, teka teki senang, teka teki bodoh, teka teki lawak cinta, soalan teka teki menguji minda,