3 Cara Berbeza – Koleksi Resepi Ayam Penyet Popular

Pertama: Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi Ayam Penyet
Sumber: norazlitaaziz.blogspot.com

1 ekor ayam dipotong mengikut kesesuaian. Cuci ayam bersih-bersih. Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam (jika suka).

Baca: Senarai Cawangan Wong Solo – Ayam Penyet Sedap

Bila dah empuk angkat ayam dan toskan. Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

Bahan-bahan Perapan dan Cara Penyediaan Ayam, Tempe dan Tauhu Goreng

  • 1/2 sudu besar jintan manis (di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum)
  • 1/2 sudu besar jintan putih (di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum)
  • 3 sudu besar ketumbar (di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • 1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
  • 1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang rangup

Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.

Perap ayam ini semalaman atau paling kurang 2 atau 3 jam sebelum di goreng.

Jangan buang baki ramuan perapan ayam. Ambil sedikit dan gaulkan dengan tauhu dan tempe dan perap (dalam bekas berasingan)

Baki perapan ayam atau tauhu atau tempe tu, anda boleh campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Kacau sehingga rata.

Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.

Namun, jika anda tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi.

Baca: #5 – Inilah dia Putrajaya Flower Festival 2019

p/s Goreng ayam, tauhu dan tempe ini apabila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Ini bagi memastikan supaya ia masih panas bila di hidangkan.

Bahan-bahan dan Cara Penyediaan Untuk Nasi Ayam

  • 3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • sedikit butter
  • secubit garam
  • 6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
  • 1 helai daun pandan di simpul

Cairkan butter. Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit. Kemudian baru masukkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam. Anda boleh juga masukkan kub ayam. Akhir sekali, masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sup Ayam

  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 1 inc halia ~ dihiris
  • daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng ~ untuk hiasan

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup. Panaskan semula atas dapur. Tambahkan serai, halia dan sup bunjut. Masak hingga didih. Perasakan dengan garam. Taburkan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng (jika suka).

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sambal Penyet

  • 10 tangkai cili padi (boleh campur)
  • 10 tangkai cili merah (boleh campur)
  • 10 biji bawang merah ~ belah 4
  • 3 biji bawang putih ~ hiris
  • 5 biji tomato ~ belah 4 ( ita kurangkan )
  • 5 cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Perahan Jus Limau nipis atau limau kasturi

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur. Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.

Resepi Ayam Penyet

Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum. Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam. Angkat dan hidangkan. Bila nak makan, baru perahkan jus limau.

Kedua: Resepi Ayam Penyet Sheila Rusly

Resepi Ayam Penyet
Sumber: facebook.com/ketukketukramadan2

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Ayam Penyet – Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Baca: Teka Teki – Kucing Apa Pandai Menyanyi?

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan garam dan gula merah (mengikut citarasa) serta gaul rata.

p/s Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Pengantin Baru

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. Tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut jika ada).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Kelima: Resepi Ayam Penyet Wong Solo

Sumber: aglersyaz.blogspot.com

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

Baca: Contoh Tek Ucapan Pengerusi Majlis

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu)

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Nasi

  • 2 pot beras rendam selama 2 jam
  • Sehelai daun pandan

Kukus nasi dlm loyang wat kek yg bulat tu.Kalau ada mangkuk kecil-kecil yg peniaga nasi kukus buat, lagi bagus. Letak daun pandan dalam air kukusan.

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sambal

  • Segenggam cili padi merah
  • 3 ulas bawang putih
  • tepung jagung secukup rasa
  • 2 sudu minyak masak

Tumbuk bawang putih sampai lumat. Lepas tu masukkan cili padi. tumbuk jugak tapi takyah lumat sangat.

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dah tumbuk tadi. Masukkan air tepung jagung. Kacau and angkat. Garam dan Gula mengikut keperluan.

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sambal Terung

  • 3 biji cili merah (ditumbuk)
  • segenggam ikan bilis (ditumbuk)
  • tomato (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci belacan (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • air asam jawa
  • kicap
  • garam dan gula secukup rasa
  • terung panjang (belah 4, potong senget2)
  • minyak masak 4 sudu

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dah ditumbuk dan kacau.

Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Taruk air asam jawa, garam, gula kicap. Campurkan dengan terung yang dh digoreng

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Untuk Sambal Kicap

  • cili padi segenggam
  • 3 ulas bawang putih
  • kicap ABC saus manis

Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat. Tuangkan kicap jenama ABC.

Lain- Lain

  • tempe (potong kecik2)
  • tauhu (kalau yg tebal tu, bahagi dua then potong segitiga.. so dapat 4)
  • daun salad
  • timun

ayam penyet indonesia, resepi ayam penyet azie, resepi ayam penyet simple, resep nasi ayam penyet indonesia, resepi ayam penyet sheila rusly, resepi ayam penyet yatie kitchen, resepi ayam penyet simple dan sedap, resepi ayam penyet medan,