Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu

Buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri. Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.

Baca: 20 Ayat Deep Kehidupan, Kawan, Cinta, Ex – Sedih

Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu

Terdapat dua jenis perbezaan warna isi:

Isi Merah

Ia adalah salah satu buah naga yang paling mudah ditemui di kebanyakan tempat. Kaya kandungan kalsium serta fosforus. Meskipun memiliki rasa yang cenderung manis, pakar kesihatan menyatakan bahawa warna merah memiliki kandungan gula yang sedikit sehingga selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes.

Isi Putih

Buah naga dengan bahagian isi dalam berwarna putih ini ternyata kaya akan kandungan vitamin C dan antioksidan. Ini bermakna pengambilannya yang kerap boleh mencegah masalah penuaan akan datang.

Isi Kuning

Tidak ramai yang tahu mengenai buah naga kuning. Buah ini memiliki warna kulit kuning terang dengan sedikit duri dan warna isinya cenderung sama dengan buah naga putih.

Kandungan vitamin A di dalam buah ini lebih banyak sehingga sangat baik bagi kesihatan mata.

Khasiat:

  • Melambatkan proses penuaan

Buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

  • Mencegah kanser

Kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

  • Meningkatkan sistem imun

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih.

  • Kesihatan kardiovaskular

Antioksidan yang boleh didapati pada buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Selain itu, biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.

  • Tulang Sihat

Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.

Baca: Apa Beza Kunyit Hitam dan Kunyit Putih?

Keburukan:

  • Menyebabkan Ulser

Kandungan asid yang tinggi dalam buah naga boleh menyebabkan ulser dalam badan berulang. Selain itu, kandungan asid buah naga yang masuk ke dalam badan boleh menyebabkan loya.

  • Menyebabkan Diabetes

Jika dimakan dengan kerap, buah naga sebenarnya boleh menurunkan paras gula dalam darah. Tetapi jika anda mengambilnya secara berlebihan ia akan meningkatkan paras gula dalam badan, sehingga mencetuskan diabetes.

  • Menyebabkan Cirit-birit

Buah naga yang mengandungi asid juga boleh menyebabkan cirit-birit. Jangan sekali-kali mengambilnya sebelum makan, kerana ia akan meningkatkan kerja usus secara berlebihan dan memburukkan lagi keadaan usus.

  • Punca Kembung/Angin

Kembung perut yang disebabkan oleh buah naga, adalah disebabkan oleh kandungan mineral di dalamnya. Makan buah naga secara sederhana, jangan berlebih-lebihan supaya dapat manfaat, bukan kemudaratan.

Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu