10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024

Senarai promo Buffet Ramadhan Putrajaya 2024 : Pakej hotel promotion Tempat Berbuka Puasa Pada Harga Early Bird yang murah untuk iftar Ramadan yang menarik dan terdekat (near me)

1. PULSE GRANDE Hotel Putrajaya

Bulan suci penuh keberkatan bakal tiba tak lama lagi. PULSE GRANDE Hotel Putrajaya kini kembali dengan pakej berbuka puasa 2024 dengan tema ~BAZAR SANTAI IFTAR~ bermula 12 March hingga 8 April 2024.

Promosi (Early Bird) 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 telah bermula dari 15 January hingga 10 Februari 2024!

Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan Early Bird Voucher anda sekarang untuk LEBIH JIMAT.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila hubungi:
☎️ 03- 8887 8888
☎️ 010-228 5353⁩

Rujukan: https://www.facebook.com/pulsegrandhotel

Continue reading 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024

Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini

Kerajaan telah memperkenalkan kategori TUNGGAL bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran. Ini bermakna tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.

Pengumuman ini dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Dalam pengumuman yang sama, kerajaan turut memberi tempoh masa antara 19 Februari hingga 1 Mac 2024 kepada pemain industri beras untuk membuat penyelarasan dengan membenarkan semua jenis pembungkusan lama dijual sehingga stok pengampitan di pemborong habis. Selain itu, kerajaan turut membenarkan bungkusan lama dipakai namun mesti ditampal dengan pelekat harga Beras Putih Malaysia MADANI seperti mana yang telah ditetapkan.

Pengumuman ini dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun dengan perkara ini sudah dibentang dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Continue reading Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini

Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu

Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain. Ramadhan juga digelar sebagai bulan suci dek kerana Ramadhan adalah bulan menyucikan jiwa dan raga.

Pada bulan ini juga, pelbagai peristiwa penting berlaku. Antaranya ialah peristiwa diturunkan al-Quran sebagai mukjizat agung Nabi Muhammad saw pada malam 17 Ramadhan. Selain itu, pada 10 malam terakhirnya pula, terdapat 1 malam digelar Lailatul Qadar yang punya fadhilat lebih baik daripada seribu bulan.

Walau apapun, beruntunglah bagi muslimyang berpuasa. Allah akan menilai dan membalas amal ibadah ini dengan pahala yang berlipat kali ganda pada akhirat kelak. Insya-Allah.

Continue reading Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu

Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024

Buat julung-julung kalinya Perbadanan Putrajaya menganjurkan festival pencahayaan edisi khas. LENTERA bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik bertemakan ‘Tradisi dan Cahaya’.

Jom sertai dengan mengikut tema ‘Glow in the Dark’

Tarikh, Masa dan Lokasi Festival Lentera

  • Tarikh: 24 Februari – 3 Mac 2024
  • Lokasi: Anjung Floria, Presint Putrajaya
  • Masa: 5 petang hingga 11 malam

Harga Tiket Festival Lentera Putrajaya 2024

Warganegara Malaysia

  • Dewasa (RM10)
  • Kanak-kanak 7 tahun – 12 tahun / Warga Emas (RM5)
  • OKU / Kanak-kanak < 6 tahun (Percuma)

Pelancong / Warga Asing

  • Dewasa (RM30)
  • Kanak-kanak 4 – 12 tahun (RM15)

Tiket akan mulai dijual pada 18 Februari 2024.

Continue reading Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024

Jual Beli yang Haram dalam Islam

Terdapat beberapa jenis urusan jual beli yang diharamkan dalam islam. Antaranya ialah urusan jualan yang belum pasti akan kewujudan serta nilainya. Contohnya, jualan susu lembu yang masih belum diperah, namun urusan jual beli susunya telah dilakukan.

Saidina Abbas ra berkata, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang antara lain baginda menegah daripada dijual buah sebelum masak atau dijual bulu yang masih berada di badan haiwan atau dijual susu yang masih dalm kantung haiwan – Hadis Riwayat Daruqutni

Hikmah kepada tegahan ini ialah untuk mengelakkan permusuhan.

Continue reading Jual Beli yang Haram dalam Islam