Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran aku. Sama hari dengan Sultan Selangor. Terujalah sebab hari lahir aku merupakan hari cuti bagi Negeri Selangor hihi.
Tak lah semeriah mana. Sendu sendan je pun. Aku manalah popular. Orang tak terdesak sangat nak sambut atau wish haha. Tapi, masih dapat banyak ucapan dan hadiah daripada insan-insan terdekat.
Ini adalah antara ucapan paling panjang pernah aku terima sepanjang hidup ini. Bapak panjang. Daripada hakak
Selamat Hari Lahir Buat Adindaku Mnoor 🎂
Sungguh! Sejauh usia perjalanan ini kamu membuktikan bahawa kamu tidak perlu pohon salasilah
untuk jadi TERHORMAT!
Seperti tak perlu tangan siapapun
untuk menjadi KUAT!
Kamu tak perlu emas untuk menyihir mata manusia…
Tidak perlu bunga
untuk merayu dunia.
Kamu hanya perlu dirimu sendiri…
yang percaya pada KEKUATAN dan USAHA
seperti sungai yang mengalir memenuhi laut,
titis air yang melubangi batu,
kepak sayap burung pertama,
sebelum ia menaklukkan udara.
Mnoor,
Tumbuhlah
demi tanah tempat benihmu ditanam,
hujan yang mengukuhkan akar,
matahari yang memberi cahaya,
angin yang menempa keteguhan
badai dan halilintar yang tak berhasil menumbangkanmu!
Dan jika suatu hari kamu jadi yang tertinggi…
ketuklah pintu rumah Tuhan dengan kerendahan hati…
jika suatu hari kamu jadi yang terkuat
lindungi orang-orang yang lemah…
jika kamu menjadi orang paling berbahagia…
jangan biarkan orang kecil bersedih dan menangis.
Jadilah apapun
yang terhebat yang kamu impikan
hari ini…
Selamat Hari Lahir dan Semoga Allah sentiasa mendalami erat dalam kasih, sayang serta rahmat-Nya!
Amin Allahumma Amin
Letak di sini sebagai kenang-kenangan. Moga boleh digunakan #CopyPaste untuk yang lain pula. Hakak memang ratu bab ayat mengayat ini. Tabik Spring