Baik atau Buruk? – Pelbagai Petanda Mimpi Ular

Baik atau Buruk? - Pelbagai Petanda Mimpi Ular

Mimpi-mimpi yang baik berasal dari Allah SWT, sedangkan yang buruk berasal dari Syaitan.

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan seseorang Islam itu bermimpi, iaitu:

  1. Bisikan jiwa.
  2. Gangguan syaitan.
  3. Petunjuk Allah S.W.T.

Berkemungkinan antara sebab yang menyebabkan anda mimpi ular ialah anda telah melihatnya sebelum ini. Perasaan anda yang terlalu takutkan ular ataupun teramat gelikan haiwan ini juga boleh mendorong ingatan anda mengingatinya sehingga terbawa ke dalam tidur.

Walau bagaimanapun, dalam soal mimpi ini, Rasulullah Sallahllahu Alaihi Wassalam ada mengingatkan kita bahawa:

Lokasi Mural Muar

Jika seorang di antara kamu bermimpi yang menyukakan, ia adalah daripada Allah. Sebab itu pujilah Allah kerana mimpi tersebut dan bolehlah diceritakan kepada orang lain. Namun jika sebaliknya (mimpi yang dibenci),

Tafsir Petanda Mimpi Dipatuk Ular

Itu tandanya hendak berkahwin

Tafsir Petanda Mimpi Dikejar Ular

Ada orang yang mencintai anda atau boleh juga membawa maksud bahawa anda akan segera mendapatkan pasangan.

Baca: Koleksi Ucapan Hari Lahir

Tangkislah dengan baik serangan mimpi itu. Jika kita bermimpi sesuatu yang tak disukai, berdoalah agar dihindari dan jangan diceritakan kepada orang lain kerana mimpi itu tidak akan memudaratkan.

Tafsir Petanda Mimpi Digigit Ular

Anda akan mendapatkan pasangan. Sedangkan untuk yang sudah berpasangan, mimpi ini memberi isyarat yang bermaksud anda akan mendapatkan kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup Anda.

Tafsir Petanda Mimpi Ular Kuning

Anda harus selalu bersikap rendah hati dan juga tetap berbuat baik dan jangan berprasangka buruk terhadap orang lain. Mimpi ular berwarna kuning dalam mimpi anda mungkin bererti adanya orang yang iri hati dengan kelebihan atau dengan apa yang anda miliki.

Baca: Popular Cat Food Brands in Malaysia & Singapore

Tafsir Petanda Mimpi Ular di Dalam Rumah

Rumah tangga akan berada dalam keadaan bermasalah. Masalah tersebut mungkin boleh terjadi dalam pelbagai cara. Pertahankan rumah tangga tersebut!

Tafsir Petanda Mimpi Ular Banyak

Erti mimpi ular yang banyak bilangannya membawa maksud adanya kesejahteraan berupa umur yang panjang. Biasanya anda yang memiliki mimpi ini akan mendapat kesihatan yang baik.

Tafsir Petanda Mimpi Ular Bersaiz Besar / Sawa

Tafsir mimpi ular sawa / bersaiz besar adalah adanya seseorang yang tidak menyukai anda. Ketidaksukaan tersebut bahkan boleh menjadi kedengkian sehingga anda harus menghapuskannya dengan mendekati orang tersebut secara baik-baik.

Tafsir Petanda Mimpi Ular Tedung

Erti mimpi ular tedung ialah jika anda mendapatinya dalam mimpi ialah adanya perempuan yang akan mendekati anda untuk menggoda diri anda. Waspadalah dan jangan jatuh ke dalam hawa nafsu semata.

Baca: Rare – Koleksi Gambar Kucing Bengal

Tafsir Petanda Mimpi Ular Hitam

Ular hitam merupakan salah satu jenis ular yang berbisa. Ular hitam yang muncul dalam mimpi dalam Islam ditafsirkan sebagai peringatan adanya ilmu ghaib yang sedang dipergunakan dan ditujukan kepada anda atau orang-orang terdekat anda. Berdoalah agar ilmu tersebut tidak akan sampai kepada anda.

Tafsir Petanda Mimpi Ular Putih

Jika anda mendapat ular putih dalam mimpi anda, bahkan bermimpi membunuhnya, maka hal tersebut merupakan pertanda anda berhasil menahan diri atas suatu godaan. anda berhasil menyingkirkan godaan-godaan untuk melakukan hal-hal yang buruk.

Tafsir Petanda Mimpi Ular Hijau

Ular berwarna hijau merupakan pertanda adanya kegelisahan dalam diri anda. Jika anda bermimpi membunuhnya, maka hal tersebut bermakna anda berjaya menyingkirkan kegelisahan yang ada dalam diri anda .

Baik atau Buruk? - Pelbagai Petanda Mimpi Ular

Sebelum percaya mimpi mempunyai petanda, kelaskan terlebih dahulu mimpi yang dialami. Cubalah tafsir mimpi anda kepada kebaikan, mudah-mudahan Allah berikan mesej terbaik.

Jika mimpi kita tampak kelabu dan tidak menepati jenis mimpi yang benar serta waktunya jauh menyimpang, maka abaikan sahaja mimpi tersebut.

Banyak misteri mimpi disebut dalam al-Quran jika kita benar beriman dan memahaminya. Seperti al-Quran, mimpi yang direkodkan daripada hadith sahih juga mempunyai nilai dan pengajaran tersendiri.

Antara mimpi yang tercatat dan sarat pengajaran adalah seperti mimpi Nabi Yusuf AS, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW.

Dan ia (Nabi Muhammad SAW) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

(Surah an-Najm ayat 3-4)

Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah S.W.T lah yang maha mengetahui.