Apa Beza Kunyit Hitam dan Kunyit Putih?

KUNYIT HITAM

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam
Kunyit Hitam

Masyarakat biasa hanya mengetahui akan kunyit hitam. Agak jarang sekali masyarakat tahu akan kewujudan tumbuhan bernama KUNYIT HITAM atau HALIA HITAM atau TEMU HITAM. Nama saintifik bagi tumbuhan herba ini ialah Kaempferia pariflora.

Kunyit hitam ini merupakan antara bahan mandian utama dalam ‘Turkish Bath’.

Baca: Tahu Apa Maksud Takaful?

Kadar permintaannya kunyit hitam dalam pasaran dunia adalah agak tinggi. Harga bahan mentah ini di pasaran dunia boleh mencecah sehingga RM500 sekilogram. Negara pengeluar utama bagi tumbuhan herba ini ialah India dan Taiwan.

Di sebabkan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secra tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya. Di Thailand, kunyit hitam juga diminum sebagai ginseng dalam rawatan alternatif dan mencegah penyakit kronik seperti angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat 2 spesies kunyit hitam yang biasa ditemui di Malaysia iaitu:

  • Curcuma Caesia (Kunyit Hitam India / Malaysia) – Pokoknya seakan pokok kunyit, cuma bezanya ialah terdapat garisan ungu pada daunnya. Ia berasal dari Timur tengah, India dan China.
  • Kaempferia Parviflora (Halia Hitam) – Rupanya seakan pokok cekur, di mana akarnya berwarna ungu. Ia berasal dari Vietnam, Myanmar dan Thailand.

Baca: Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Kunyit hitam mempunyai pelbagai khasiat. Namun, harus dingatkan, pengguna tidak boleh menggunakan kunyit hitam untuk menggantikan ubat yang diberikan oleh doktor. 

Kunyit Putih
Kunyit Putih

KUNYIT PUTIH

Diakui, kunyit kuning lebih mudah diperolehi berbanding kunyit putih. Namun, khasiat dan kebaikan kunyit putih ini juga tidak kurang hebatnya berbanding kunyit kuning mahupun kunyit hitam. Bermula dari akar, minyak dan daun dari kunyit putih pun dapat dimanfaatkan untuk tujuan perubatan, kecantikan dan kesihatan yang alami.

Tanaman ini banyak ditanam di negara Bangladesh, Sri Lanka, India, China, Brazil dan Thailand. Sejak zaman berzaman, ia telah digunakan secara tradisional sebagai antara ubat untuk membantu mengatasi masalah ketumbuhan, loya, muntah, kemurungan dll.

Kebaikan dan Khasiat Kunyit Putih

  1. Sebagai anti-kanser dek kerana mengandungi ethyl pmethocyvinnatate,  kurkuminoid, bisdemothxycurcumin, demothxycurcumin, dan flavonoid yang membantu proses penyembuhan penyakit kanser.
  2. Sebagai anti-oksidan melalui patinya yang dipercayai boleh mengurangkan kesan radikal bebas tertentu.
  3. Sebagai anti-radang untuk mengatasi keradangan atau bengkak pada kulit.
  4. Sebagai anti-bakteria dengan membantu mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut. Keberkesanannya sama seperti ubat kumur di pasaran. Selain itu, ekstrak dari kunyit putih juga diyakini dapat mencegah pembiakan bakteria pada tubuh manusia.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Tumbuhan Herba Kunyit merupakan antara tanaman rempah dan ubat asli dari wilayah Asia Tenggara dan India. Amnya di Malaysia, Indonesia dan India, kunyit banyak digunakan sebagai pelengkap bahan masakan, jamu, bahan kosmetik dan penjagaan kesihatan.

Kunyit juga dikenali sebagai TURMERIC dalam Bahasa Inggeris atau Kunir dalam Bahasa Jawa atau Koneng dalam Bahasa Sunda ata Konyet dalam Bahasa Madura.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Di alam nusantara, selain daripada isinya yang punya 1001 khasiat dan kebaikan, daun kunyit juga digunakan sebagai ulam-ulaman dan penambah aroma dalam masakan.

Baca: Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Manakala dikalangan masyarakat India pula, isi / buahnya dijadikan sebagai bahan masakan utama untuk rempah kari dan piccalilli. Ia juga dijadikan sebagai bahan pewarna semulajadi (kucing), bahan perasa serta natara bahan perubatan tradisional yang masih diamalkan sehingga kini.

Baca: Kata Kata Hikmah Mengenai Sabar – Bergambar

Setiap masyarakat punya kepercayaan tersendiri akan khasiat dan kebaikan pada kunyit ini. Peranannya dalam dunia perubatan juga dikatakan telah dikenal pasti sejak 3,000 tahun yang lalu.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup
Kebaikan dan Khasiat Kunyit Dalam Kehidupan Harian
  1. Kajian mendapati, kunyit mengandungi CURCUMIN yang tinggi. Kandungan ini mampu membantu melawan kanser apabila digabungkan dengan ubat anti oksidan yang lain. Bahan ini bertindak sebagai antioksidan yang membunuh radikal bebas yang juga sebagai faktor penyebab utama kewujudan sel-sel kanser.
  2. Kunyit juga boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan angin dalam perut (masalah perut kembung).
  3. Ia juga boleh digunakan sebagai tonik semulajadi apabila dicanpurkan dengan manisan dan minyak bijan.
  4. Kunyit hidup yang dicampur dengan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam pada kulit.
  5. Isi kunyit hidup juga dapat membantu menyembuhkan senggugut. Caranya adalah dengan menjadikan kunyit hidup (mentah) sebagai ulam.
  6. Kunyit sering dijadikan sebagai bumbu dalam masakan gulai dan kari, selain memberikan warna kucing asli pada masakan.

Penggunaan kunyit segera (serbuk) sebaiknya tidak digunakan untuk tujuan perubatan khususnya kepada ibu yang sedang mengandung / menyusukan anak.