7 Cara Merawat / Menyembuhkan Sihir Pemisah

7 Cara Merawat dan Menyembuhkan Sihir Menurut Islam

Nabi Muhammad SAW pernah disihir oleh seorang pendeta Yahudi bernama Labid bin al-‘Asam. Oleh sebab itu juga, Allah SWT mengutus dua malaikat untuk membantu menyembuhkan kesan sihir yang dihadapi oleh baginda tersebut.

Baca: 5 Ayat Al-Quran Untuk Rawatan Sihir

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW telah terkena sihir sehingga baginda berasa (khayal) melakukan sesuatu perkara, padahal baginda tidak melakukannya….”

Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA

Yahudi tersebut mahu menyihir Nabi SAW dengan sihir yang paling kuat untuk membunuh Nabi SAW. Akan tetapi, dengan pemeliharaan daripada Allah SWT, baginda hanya terkena sihir dari jenis sihir yang paling ringan iaitu sihir pemisah iaitu menghalang hubungan suami isteri.

Maksudnya: Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW telah terkena sihir sehingga baginda berasa melakukan sesuatu perkara, padahal baginda tidak melakukannya. Hinggalah pada suatu hari atau suatu malam ketika berada di sisiku baginda berdoa dan terus berdoa. Maka sabda Nabi SAW: “Wahai ‘Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah SWT telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi berhampiran kakiku”. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya yang berada berhampiran kakinya: “Apakah penyakit lelaki ini?”. Lalu dijawab: “Terkena sihir”.

Berkata lagi: “Siapa yang menyihirnya”, lalu dijawab: “Labid bin al-A‘sam. Berkata lagi: “Dengan (bahan) apa (disihir)?”, lalu dijawab: “Pada sikat dan rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda”. (Lelaki itu) bertanya lagi: “Di mana letaknya benda itu”. Lalu dijawab: “Di dalam telaga Dharwan”. Maka Rasulullah SAW mendatangi telaga itu bersama dengan beberapa orang sahabat baginda.

(Setelah kembali) Nabi SAW berkata: “Wahai ‘Aishah, telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan”. Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dikeluarkan sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditimbus bahan-bahan sihir dalam telaga itu.

Hadith Riwayat al-Bukhari

Terdapat tujuh (7) langkah dan kaedah yang dilakukan oleh Nabi SAW bagi merawat dan menghadapi sihir.

Pertama: Berdoa

Berdoa merupakan salah satu pendekatan untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan daripada masalah sihir tersebut. Dengan berdoa ia akan menunjukkan kebergantungan pesakit kepada Allah SWT.

Kedua: Bersabar

Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah menyerahkan hal ini sepenuhnya kepada Allah SWT. Baginda sedar bahawa dengan bersabar dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, nescaya pasti mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Nabi SAW ketika disihir, baginda tidak berkeluh kesah dan tidak tergopoh gapah melainkan baginda SAW terus berdoa kepada Allah SWT memohon petunjukNya. Allah SWT mengutus dua malaikat untuk membantu menjelaskan keadaan yang sedang dihadapi oleh baginda ketika itu. Sesungguhnya, sesuatu penyakit yang diturunkan itu pasti akan disertakan bersama penawarnya. Namun, ia juga memerlukan usaha serta kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan penawar yang sesuai dengan penyakit tersebut.

Daripada Abi Hurayrah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit melainkan
diturunkan baginya ubat (kesembuhan).”

Baca: 20 Contoh Bergambar Ucapan Waalaikumussalam

Ketiga: Mencari Tempat Barang Sihir Disembunyikan

Proses mencari tempat barang sihir disembunyikan ini boleh dilakukan sendiri atau ahli keluarga mahupun orang yang membantu merawat sihir tersebut. Apabila Nabi SAW terkena sihir, 2 orang malaikat telah datang memberitahu maklumat berkaitan dengan sihir yang telah dikenakan terhadap baginda. Diceritakan, barang sihir itu telah disembunyikan di bawah seketul batu besar di dasar sebuuah telaga.

Nabi SAW kemudiannya meminta bantuan para sahabat untuk mencari barang sihir berkenaan untuk menghapuskan kesan sihir tersebut.

Bagi kita insan biasa ini, bagaimana untuk mengenal pasti tempat di mana bahan sihir itu diletakkan atau disembunyikan? Salah satu pendekatan yang boleh membantu seseorang yang disihir mengetahui tempat barang sihir itu disembunyikan adalah melalui mimpi yang benar. Mimpi adalah di antara bantuan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang ditimpa musibah atau bala. Bagi mereka yang disihir, ia dapat membantu mereka mengetahui kedudukan atau tempat bahan sihir disembunyikan

Keempat: Mengeluarkan Bahan Sihir

Sebaik sahaja berjaya menjumpai bahan sihir itu, perlu segera memusnahkannya untuk membatalkan kesan sihir tersebut. Jika bahan sihir itu dalam bentuk simpulan tali, maka ia perlu dirungkaikan satu persatu. Untuk membatalkan sihir, perawat perlu mengambil air yang telah didoakan dengan ayat-ayat al-Quran khususnya ayat-ayat berkaitan sihir. Kemudian, curahkan air itu ke atas barang sihir tersebut. Dengan izin Allah SWT, Insyaallah sihir tersebut akan terbatal. Kaedah dan pendekatan ini adalah untuk menghilangkan bahan-bahan kotor dan
seterusnya merungkaikan ikatan tersebut bagi menghindarkan sihir itu memberi kesan kepada tubuh badan mangsanya.

Kelima: Menanam Barang Sihir

Elakkan daripada membakar barang sihir. Bahan sihir yang dikeluarkan dan telah dibatalkan sihirnya perlu ditanam ke dalam tanah.

Maksudnya: Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dibakar sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditanam bahan-bahan sihir itu – Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

Keenam: Melakukan Ruqyah

Membacakan ruqyah ke atas orang yang terkena sihir yang disebut sebagai al-Nushrah. Kaedah al-Nushrah yang dibenarkan adalah merujuk kepada
penggunaan jampi (ruqyah) yang dibenarkan sahaja. I

Wahb bin Munabbih menuliskan supaya mengambil tujuh helai daun Wahb bin Munabbih yang menyarankan agar mengambil tujuh helai daun bidara yang berwarna hijau (masih segar) dan dipecah-pecahkan (dihancurkan) dengan dua biji batu, kemudian dimasukkan ke dalam air dan dibacakan ke atas air campuran daun itu Ayat Kursi, di minum tiga teguk dan selebihnya digunakan untuk mandi.

Kaedah ini membantu menghilangkan semua penyakit yang berkaitan dengan izin Allah SWT. Bahkan kaedah ini juga sesuai untuk mengubati lelaki yang ditahan (atau diikat nafsunya) daripada mendatangi isterinya.

Ketujuh: Memaafkan

Pesakit disarankan untuk tidak menyimpan dendam dan tidak melakukan sihir balas terhadap individu yang telah menyihir diri mereka. Malahan, mereka diminta untuk menyerahkan semua urusan pembalasan kepada Allah SWT sahaja.

Tidak dinafikan, terdapat banyak lagi cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan termasukkan jenis-jenis bacaan / doa yang dapat digunakan dalam proses meruqyah pesakit yang terkena sihir. Contohnya seperti bahan-bahan rawatan yang boleh digunakan. Begitu juga halnya dengan pendekatan dalam rawatan seperti meniup/mengembuskan ruqyah bacaan kepada pesakit atau tempat sakit, pendekatan sentuhan terhadap pesakit seperti menepuk-nepuk pesakit dan menyapu dengan tangan.

Sumber: http://mufti.penang.gov.my/