Part 3: Perjalanan Pulang Kota Kinabalu – Kuala Lumpur Menaiki AirAsia

Perjalanan pulang kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur agak menarik sebab menaiki kapal terbang yang kelihatannya baharu lagi. Tak tahu model apa tapi nampak macam baharu sebab kerusinya lain daripada yang pernah aku naiki sebelum ini.

Baca: KTM Komuter Malaysia – KTM Schedule, Route Map

Flight petang dan yes, kali ini terbang on time. Hairan juga bab makan sebab kali dah preorder Thai Basil Rice tapi diorang request suruh tukar kepada TomYam Rice. Tak cukup ke macam mana? Terima je lah kan hihi. Huh asalkan nasi sebab lapar.

Inilah masalahnya kalau banyak berjalan nie. Makan makan dan makan je. Letih je makan sampai lebam.

Pagi makan buffet, tengahari makan jamuan di majlis, kemudian terasa lapar lagi terus pekena nasi lemak mcd dan di kapal terbang makan lagi. Kesemuanya nasi hahaha.

Baca: Bergambar – Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tersayang

Baca: Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

Tapi yang tak syoknya ialah nasi lemak mcd tak berapa nak masak dan bercapuk. Nampak jelas santannya. Hairan juga sebab disini aku diberikan ayam extra spicy berbanding di semenanjung yang rasanya dah dua tiga kali aku diberi ayam spicy yang biasa tu. Tiada standard yang khusus atau kita boleh request sebenarnya?

Part 1: Kuala Lumpur – Kota Kinabalu Sabah Menaiki AirAsia

Terasa agak lama benar aku tidak travel dengan menaiki kapal terbang. Bila kali terakhir ek? Tak ingat haha.

Nafsu untuk travel hampir tiada buat masa ini. Kalau di Malaysia, seluruh negeri aku sudah jejak. Kalau luar negara mungkin lebih excited kot. Lebih-lebih lagi pada ketika semester sedang berjalan. Focus lebih terarah kepada pembelajaran. Semester kedua ini kelihatan lebih sukar dan memeningkan kepala.

Minggu kedua, untuk rekod aku terpaksa ponteng untuk kelas Communication for Decision Making. Oustation ke Kota Kinabalu Sabah. Layankan ajer urusan pejabat yang aku rasa tak nampak kepentingan dan impak. Boleh?

Pertama kali aku naik ERL sampai ke KLIA2. Kos daripada Putrajaya hanyalah sekitar RM8 lebih (jika beli menggunakan kiosk layan diri). Ramai betul manusia di KLIA2 ini. Fokus kepada AirAsia je nampak gaya.

Penerbangan kami kelihatan mengalami sedikit kelewatan. Mungkin sebab cuaca dan diorang mahu isi minyak dahulu. Hurmmm What do you aspect? Khabarnya, AirAsia dan delay berpisah tiada.

Makan sedap di dalam kapal terbang AirAsia ini. Dah pelbagai menu yang dihidangkan. Sentapnya ialah kenapalah diorang boleh orderkan ayam panggang cili hitam untuk aku. Nasi punyalah banyak pilihan. Pengsan.

Aku terlupa, kapal terbang AirAsia tiada hiburan / skrin untuk movie etc. Hahahahaha selama ini naik MAS. Nampak sangat aku lama tak naik flight dan terbang. Kalau tak, memang aku download siap-siap movie korea dan bawa headphone. Sentap.

Alhamdulillah, selamat sampai dengan jayanya. Syukur