Tafsir Mimpi Gigi Patah dan Tercabut

Tafsir Mimpi Gigi Patah dan Tercabut

Gigi dalam mimpi melambangkan keluarga. Menurut kedudukannya gigi-gigi yang terletak di sebelah atas melambangkan keluarga yang laki-laki manakala yang di bahagian bawahnya melambangkan keluarga yang perempuan.

Baca: With Image: Wishes Birthday For Friend

Gigi taring adalah simbolik kepada ketua atau pemimpin dalam keluarga.

Gigi geraham yang putih melambangkan pakcik dan makcik dari sebelah ibu, serta siapa saja yang menggantikan posisi mereka dalam memberikan nasihat.

Sedangkan gigi geraham belakang merupakan simbolik kepada datuk dan nenek beserta cucu-cucu mereka.

Sedangkan gigi bawah yang terletak di antara gigi taring dan gigi seri melambangkan anak perempuan kepada bapa dan ibu saudara dari sebelah ayah.

Baca: Meruntun Jiwa – Doa & Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

Gigi taring bahagian bawah melambangkan pemimpin perempuan dalam keluarga.

Gigi depan bahagian bawah ditafsirkan sebagai anak perempuan bapa dan ibu saudara dari sebelah ibu.

Gigi geraham sebelah bawah melambangkan keluarga jauh yang terdiri dari wanita-wanita yang sudah dewasa ataupun anak-anak yang masih kecil.

Kepercayaan orang tua-tua lama pula jikalau mimpi gigi tercabut sebelah atas maknanya akan terjadi kematian di kalangan anggota keluarga sebelah atas seperti ayah, ibu, datuk atau nenek.

Baca: Doa dan Ucapan Selamat Pengantin Baru

Jika mimpi gigi patah atau tercabut sebelah bawah alamatnya kematian di kalangan anggota sebelah bawah seperti anak, isteri, cucu atau saudara kandung yang lebih muda usianya.


Tafsir dan Makna Mimpi Gigi Tercabut dan Patah etc

Mimpi gigi yang dalam keadaan sihat dan kuat
Melambangkan harta, pekerjaan atau anak-anak yang memberikan kebaikan.

Mimpi gigi yang sakit atau gigi tercabut
Segera bermohon kepada Tuhan minta keampunan dan kesejahteraan.

Mimpi gigi sakit atau tertanggal
Sebagai peringatan atau petanda suatu perkara buruk akan menimpa.

Mimpi gigi patah
Alamat tidak baik.

Mimpi gigi patah dan jatuh ke tangan
Akan beroleh harta.

Mimpi Gigi Bawah Patah
Mimpi gigi bawah patah mengandung boleh menjadi tanda bahawa anda akan mengalami kondisi hati yang sangat hati-hati.

Mimpi Semua Gigi Patah
Ia sangat jarang dialami. Namun, dipercayai ia merupakan petanda buruk atau kurang baik – kesihatan.

Mimpi Gigi Depan Patah
Petanda anda mungkin akan memperoleh kesusahan dalam bentuk kewangan atau usaha.

Mimpi Gigi Palsu Patah
Merupakan isyarat adanya seseorang yang sedang menunggu dan mengharapkan kepastian hubungan dengan anda.


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Apabila waktu (kiamat) semakin dekat, hampir sahaja mimpi seorang muslim tidak mendustainya. Orang yang paling benar mimpinya ialah orang yang paling benar lidahnya. Mimpi orang Islam ialah satu bahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu tiga jenis: (1) Mimpi yang benar ialah perkhabaran gembira daripada Allah, (2) mimpi gangguan daripada syaitan (untuk menyedihkan) dan (3) mimpi yang dipengaruhi oleh jiwa seseorang (psikologi). Sekiranya kamu bermimpi sesuatu yang tidak kamu sukai, maka bangunlah bersolat dan usahlah diceritakan mimpi itu kepada manusia.

(Hadith riwayat Muslim)

2 thoughts on “Tafsir Mimpi Gigi Patah dan Tercabut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *