Rare – Koleksi Gambar Kucing Bengal

Koleksi Gambar Kucing Bengal

Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC).

Generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik “Leopard cat” (Harimau Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis. Banyak cubaan mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah dilakukan.

Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang.

Tapi berlainan dengan ‘Asian Leopard Cat’ (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar.

Read: Apa Perlu Tahu Tentang Kucing Batu – Lesen

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots.

Read: 30+ Gambar & Lokasi Mural Muar, Johor