
Pokok kunyit boleh dikatakan sebagai tumbuhan herba serbaguna. Setiap bahagian padanya mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri. Daunnya boleh membangkitkan aroma masakan yang tersendiri. Manakala, isinya pula mempunyai 1001 khasiat tersendiri (selain daripada sebagai bahan penyedap dan pewarna masakan yang enak).
Daun kunyit merupakan antara bahan masakan yang anda perlu beli / cari awal sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Laku keras dan cepat habis. Sebab apa?
- 5 Example of Article Essay for Student
- Example Article Essay SPM: The Impact of Social Media on Society
- What is the best introduction for a SPM email?
- Email Format Essay: How Do You Start a Formal Email Essay?
- 160 Positive Happy Quotes About Life
- Ia merupakan antara bahan masakan utama untuk menghasilkan rendang. Keenakan rendang yang dimasak juga dikaitkan dengan hirisan daun kunyit yang ditabur didalamnya.
- Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk masakan ikan bakar / pes tempoyak dll. Balutan daun kunyit pada ikan bakar boleh mencetuskan aroma yang memikat dan menambat selera semua.
- Balutan daun kunyit pada ayam juga menjadi pilihan ramai (selain daripada daun pandan) pada masa kini. Aroma yang dihasilkan memang enak.
- Daun kunyit juga ada digunakan sebagai bahan hiasan pada masakan yang dihidang oleh penggemarnya.
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunit bersama sedikit air. Selepas itu, sapukan di kepala hingga rata.
Baca: Koleksi Bergambar Quotes Sabar Itu Indah

Di Malaysia, kunyit biasanya ditanam di belakang rumah / dalam pasu (dibandar). Kunyit membiak melalui keratan rizom. Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan dan tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang banyak.
Nama saintifik : Curcuma domestica Loir.
Nama dalam Bahasa Inggeri : Tumeric
Baca: Ayat Cinta dan Rindu Si Dia – Melayu
Antara Khasiat Kunyit adalah
- Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, ‘neuralgia’ (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik).
- Ia juga digunakan untuk mencegah serangga.
- Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk menyediakan bahan pewarna kuning.
- Kunyit yang disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka. Air rebusan kunyit digunakan untuk menyejukkan mata.
- Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu dan gula boleh merawat
kesejukan badan. - Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu dijadikan
sebagai tonik. - Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh merawat dan mempercepatkan perjalanan air susu ibu.