Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Tumbuhan Herba Kunyit merupakan antara tanaman rempah dan ubat asli dari wilayah Asia Tenggara dan India. Amnya di Malaysia, Indonesia dan India, kunyit banyak digunakan sebagai pelengkap bahan masakan, jamu, bahan kosmetik dan penjagaan kesihatan.

Kunyit juga dikenali sebagai TURMERIC dalam Bahasa Inggeris atau Kunir dalam Bahasa Jawa atau Koneng dalam Bahasa Sunda ata Konyet dalam Bahasa Madura.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Di alam nusantara, selain daripada isinya yang punya 1001 khasiat dan kebaikan, daun kunyit juga digunakan sebagai ulam-ulaman dan penambah aroma dalam masakan.

Baca: Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Manakala dikalangan masyarakat India pula, isi / buahnya dijadikan sebagai bahan masakan utama untuk rempah kari dan piccalilli. Ia juga dijadikan sebagai bahan pewarna semulajadi (kucing), bahan perasa serta natara bahan perubatan tradisional yang masih diamalkan sehingga kini.

Baca: Kata Kata Hikmah Mengenai Sabar – Bergambar

Setiap masyarakat punya kepercayaan tersendiri akan khasiat dan kebaikan pada kunyit ini. Peranannya dalam dunia perubatan juga dikatakan telah dikenal pasti sejak 3,000 tahun yang lalu.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup
Kebaikan dan Khasiat Kunyit Dalam Kehidupan Harian
  1. Kajian mendapati, kunyit mengandungi CURCUMIN yang tinggi. Kandungan ini mampu membantu melawan kanser apabila digabungkan dengan ubat anti oksidan yang lain. Bahan ini bertindak sebagai antioksidan yang membunuh radikal bebas yang juga sebagai faktor penyebab utama kewujudan sel-sel kanser.
  2. Kunyit juga boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan angin dalam perut (masalah perut kembung).
  3. Ia juga boleh digunakan sebagai tonik semulajadi apabila dicanpurkan dengan manisan dan minyak bijan.
  4. Kunyit hidup yang dicampur dengan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam pada kulit.
  5. Isi kunyit hidup juga dapat membantu menyembuhkan senggugut. Caranya adalah dengan menjadikan kunyit hidup (mentah) sebagai ulam.
  6. Kunyit sering dijadikan sebagai bumbu dalam masakan gulai dan kari, selain memberikan warna kucing asli pada masakan.

Penggunaan kunyit segera (serbuk) sebaiknya tidak digunakan untuk tujuan perubatan khususnya kepada ibu yang sedang mengandung / menyusukan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *