Halba Campur – Khasiat halba untuk kesihatan

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”.

Apa itu Halba? Ia merupakan sejenis pokok rempah yang mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga putih yang kecil. Tumbuhan herba ini banyak ditanam dan dijadikan amalan pemakanan dalam masakan di negara India. Jika di Malaysia, halba kerap digunakan dalam penyediaan nasi dagang, kari kepala ikan dll.  Di Indonesia, selain digunakan sebagai rempah dalam masakan, halba turut menjadi salah satu ramuan jamu. 

Halba Campur - Khasiat halba untuk kesihatan
Halba Campur

Halba Campur pula merupakan campiran ramuan rempah halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih. Hamba campur ini dikatakan menjadi antara bahjan masakan utama di hampir kesemua hidangan tradisional di India.

Rempah ratus ini mudah diperolehi di kedai rempah india atau pasaraya besar seperti Mydin dll. Namun, anda juga boleh mencampurkan kesemua rempah yang dinyatakan diatas untuk dijadikan sebagai halba campur (masing-masing pada jumlah / kuantiti yang sama).

Baca: Surah At Takasur Rumi, PDF, Maksud dan Kelebihan

Khasiat Halba Untuk Kesihatan

Secara umummnya, pengambilan halba boleh membantu untuk kecergasan, kekuatan badan dan tumbesaran. Selain itu ia juga boleh diambil sebagai teh untuk

  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak pada perut -buang angin
  • Melegakan sakit kepala
  • Menguatkan jantung
  • Buasir
  • Senggugut
  • Kegemukan

Campuran Teh Halba dan Madu juga baik untuk membantu mengurangkan ketagihan rokok dan anemia. Selain itu, bagi ibu yang sedang mengusukan anak pula, ia berkhasiat untuk membantu memperbanyakkan lagi air susu.

Bagi khasiat pasangan suami isteri pula, ia membantu manaikkan nasfu syahwat lelaki dan wanita. Ia digunakan untuk memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Dimana, ia menjadi amalan kuno tabib di China untuk rawatan mati pucuk. Disamping itu juga, ia juga merupakan antara ubatan tertua yang digunakan oleh Al-Abqirad iaitu bapa perubatan Yunani.

Baca: Baik atau Buruk? Apa Petanda Kening Kiri Bergerak

Cara Buat Teh Halba
  • Didihkan air di dalam periuk (Sukatan mudah jika mahu minum satu gelas, didih 2 gelas)
  • Kemudian masukkan satu sudu besar biji halba
  • Setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk
  • Biarkan sebentar sehingga suam
  • Setelah suam elok, tapis dan buang hampas
  • Campurkan dengan sedikit madu atau perahan lemon (Jika tiada madu atau lemon, boleh campurkan dengan gula perang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *