Gambar – 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu

Kata-Kata Semangat Untuk Orang Sakit

Gambar - 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu

Kami doakan agar segalanya dipermudahkan dan lekas sembuh.

Kesulitan dan kesakitan adalah hal yang membuat kehidupan ini menarik dan unik.

Di setiap kegelapan, pasti ada setitik cahaya. Di setiap doa, selalu ada jawapan. Di setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. DI setiap ketidak mungkinan, selalu ada keajaiban. Moga terus bertahan dan bersabar.

Semoga cepat sembuh. Diberi kesihatan. Dihilangan segala sakitnya. Tiada ada yang serius. Moga lekas kembalik aktif dan ceria seperti sedia kala.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.

Ya Allah, sembuhkanlah yang sakit. Permudahkanlah yang sulit. Lapangkanlah yang sempit. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang ikhlas atas segala ketentuanMu. Aamiin

Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tham-min bil hairi. Ya Allah, Kau permudahkanlah. Jangan susahkan. Ya Allah, Kau akhirkanlah dengan kebaikan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kita berada didalam lindunganNya

Semoga lekas sembuh. Terus kuat yer…

Ya Allah, Rabb manusia. Hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan. Engkau Zat yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain – HR Bukhari dan Muslim


Kata-Kata Semangat untuk Berjaya

Gambar - 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu

JANGAN MALAS. Belajar bersungguh-sungguh. Laksanakan tanggungjawabmu

KEKUATAN tidak datang dari kemampuan fizikal. Ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

ANDA BERHAK HEBAT. Kejayaan milik setiap insan.

Ya Allah, kuatkan hati ini menempuhi segala dugaan. Lapangkan hati ini menerima ketentuanMu. Aamiin

Susah kan nak jadi kuat? Tak susah bila di hati kita sentiasa ada Allah. Allah tahu saat kita sedih. Allah nak ajar kita kuat.

Allah adalah kekuatan. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.

GAGAL itu urusan nanti. Yang penting, kita berani untuk mencuba dan terus mencuba.

Orang yang tidak pernah membuat kesalahan adalah orang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru.

Sesekali berhentilah untuk sekadar bersantai. Bukan untuk terlena, namun untuk membina semangat untuk perjuangan berikutnya.

Dunia ini penuh dengan orang yang baik-baik. Jika kamu tidak dapat menemukannya, jadilah salah satu daripadanya.

Gambar - 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu

Kata-Kata Semangat Islam

Buatlah orang lain GEMBIRA. Nescaya, Allah akan menggembirakan kita dengan perkara yang tidak diduga.

OMBAK itu TIDAK BESAR. Cuma, PERAHU yang KECIL. Jangan hanya minta diringankan ujian, tetapi pintalah juga dikuatkan iman.

Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak pula terlaku lambat. Akan tetapi, ia akan datang disaat yang tepat.

Kamu tidak akan pernah gagal sehinggalah kamu gagal dalam mempercayai Allah

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah… Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

REZEKI Allah itu sangat luas. Yang sempit itu adalah pemikiran. Kita sendiri yang selalu memikirkan perkara negatif dari bertindak untuk berjaya.

Jom kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan kalam BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Agar segala tindakan dan usaha kita diberi olehNya keberkatan dan keselamatan. Aamiin.

Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi aku tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR – Saidina Umar Khatab

Gambar - 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu

Ujian adalah tarbiah daripada Allah. Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya. Kesenangan yang datang selepas kesusahan…semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

Allah tahu kamu letih. Allah tahu kamu susah. Tapi, tahukah kamu, bahawa Allah takkan menguji kamu dengan sesuatu di luar kemampuanmu?


Kata-Kata Semangat Bisnes

Kehidupan ini ibarat sungai yang mengalir. Kamu tidak boleh menyentuh air yang sama dua kali. Kerana yang telah mengalir tidak akan berpatah balik. Nikmati setiap saat dalam hidupmu.

Baca: 21 Ayat Salam Jumaat Yang Penuh Berkah

Cara paling baik untuk BERJAYA adalah berusaha. Bukan hanya meminta dan berharap pertolongan orang lain.

Jika ingin melihat masa lalu, lihatlah keadaanmu sekarang. Jika ingin melihat masa depan, lihatlah apa yang jamu lakukan saat ini.

Semua kejayaan bermula dengan percubaan.Kalau tak cuba, macam mana nak tahu?

Tak perlu jadi hebat untuk mula berniaga. Tapi, kita perlu berani untuk memulakannya.

Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan hanya di poket.

Jangan menunda sesuatu pekerjaan sehingga esok sekiranya MAMPU untuk disiapkan pada hari ini.

Akan ada halangan dan cabaran. Akan ada yang meragui. Akan ada kesilapan. Akan tetapi, dengan kerja yang keras…. tiada had untuk kamu berjaya.

Gambar - 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu

Perjalanan BERIBU batu bermula dengan langkah PERTAMA

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, necaya ganjaran yang kita teruma juga setanding dengan apa yang kita usahakan.


Kata-Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

Bangun di pagi hari dengan senyuman. Kerana hari ini kau akan selangkah lebih dekat dengan impianmu.

Semua orang ada kelemahan. Mereka yang berjaya adalah yang fokus kepada kekuatan.

Miliki hati yang tidak pernah membenci. Senyuman yang tak pernah menyakiti. Serta kasih sayang yang tak pernah berakhir.

Bersyukurlah dengan semua yang kita ada. Namun, jangan berhenti untuk terus berusaha mendapatkan yang lebih baik lagi.

Orang berjaya dapat mengawal hari paginya dengan senyuman. Semoga segala urusan akan dipermudahkan.

Baca: Koleksi Bergambar Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Tersayang

Terkadang, lelah dan kecewa adalah harga yang harus kita bayar untuk membeli kejayaan.

Orang yang hebat adalah orang yang sedang BERSEDIH tapi tetap berusaha untuk MEMBAHAGIAKAN orang lain.

Janagn pernah hilang harapan. Hidup memang banyak masalah. Terus berusaha. Cari solusi dan jangan menyerah.

Senyum mampu menyelesaikan banyak masalah. Diam pula mampu membuat kita terhindar dari banyak masalah.

Jika inginkan kebahagiaan, jangan kedekut untuk terlebih dahulu menyumbangkan kebahagiaan kepada orang lain.


Kata-Kata Semangat Pendek

Cara terbaik untuk BERJAYA adalah berusaha dan berdoa.

REDHA itu bila kau tak lagi bertanya “Kenapa”.

Masa depan itu tergantung pada apa yang kita lakukan pada hari ini.

NAK BERJAYA…..ikut tanpa tapi, Buat tanpa henti.

Perbaiki diri anda, tapi jangan jatuhkan orang lain.

Allah mendengar doamu. Jangan risau.

Kejayaan hari esok, bermula dengan usaha keras hari ini.

Anda akan kenal diri anda melalui kegagalan dan kesusahan.

Usah direnung letihnya berusaha. Tetapi, renunglah manisnya kejayaan.

Salah satu ciri orang positif adalah bersyukur


Kata-Kata Semangat Untuk Orang Down

Bila mana anda rasa diri ini susah, pandanglah orang sekeliling. Nescaya, anda akan lebih BERSYUKUR dengan apa yang anda ada.

Kalau nak berjaya dalam hidup, kita kena jadi BUTA dan PEKAK. BUTA dengan halangan di hadapan. PEKAK dengan kata-kata negatif dan cacian.

TERIMA apa yang sudah terjadi. IKHLASKAN apa yang tidak boleh diubbah. BETULKAN apa yang masih boleh diperbaiki.

Untuk mendapatkan sesuatu yang kau inginkan, kau perlu bersabar dengan sesuatu yang kau benci.

KEJAYAAN itu tercipta hasil dari KEGAGALAN. Jangan kamu kecewa jika gagal. Kerana kegagalan itu adalah PERMULAAN untuk menempuh KEJAYAAN.

Bahawa sesungguhnya tiap-tiap eksukaran akan disertai dengan kemudahan.

Hanya dengan satu pemikiran positif, ia boleh mengubah keseluruhan hari anda.

Mari bersangka baik. Berangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.

REZEKI…. ada di mana-mana. Datang tanpa diduga. Tepat pada masa. Yang penting, usaha dan tawakal.

Cara terbaik untuk menghargai pekerjaanmu adalah membayangkan dirimu tanpa pekerjaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *