Bergambar – Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya mengambil kesempatan pada 10 Zulhijjah ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha. Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T. Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya doakan kita semua beroleh rahmat Allah sebanyak-banyaknya tanpa henti. Aamiin.

Jangan diperam di dalam besin,
Kalau mau hilangkan marah hahahah
Send lah msg ni pada yang lain.
Haaa… kasi kurang itu stress sikit.
Selamat menyambut aidil adha.

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Kalau mau hilangkan marah hahahah
Send lah msg ni pada yang lain.
Haaa… kasi kurang itu stress sikit.
Selamat menyambut aidil adha.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Read: Its All About Royal Floria Putrajaya 2019

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidiladha

Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

Bergambar - Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

Bergambar - Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.

Itulah sebab tak ambik perkembangan,
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.

Bergambar - Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha ucapan hari raya, ucapan raya kreatif, ucapan hari raya 2019, ucapan syahdu hari raya, ucapan selamat hari raya 2019, salam aidiladha 2019, ucapan raya 2019,

8 thoughts on “Bergambar – Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *