Beli Emas di Yapiem Gold

Hobi selepas PKP ini seakan sedang kearah emas. Sedang cuba untuk pelbagaikan simpanan. Lagipun, rasa kecewa dengan CIMB yang dok tolak duit tanpa acknowledge (atau mungkin aku tidak aware dengan terma dan syarat mereka). Sebagai timbal balas, aku habiskan duit di akaun CIMB. Malas nak serabut.

Pada masa yang sama, secara kebetulan semalam ada program di Bank Rakyat HQ. Alang-alang, terus singgah KL Sentral dan Nu Sentral. Nak tengok Gold Bar Yapiem. Murah berbanding Public Gold. Disini RM285 untuk 1gram manakala Public Gold dah naik kepada RM320. Nasib baik aku ada membeli beberapa gram sebelum ini pada harga RM290 haha.

Tapi sayang, sold out pula katanya Gold Bar di Yapiem sekarang ini. Kalau ada pun, semua sudah ditempah awal. Harap akan datang, mereka ada buat servis pembelian online macam Public Gold.

Jujurnya, aku tak pernah beli emas hiasan. Secara kebetulan semalam pergi dengan kakak sepejabat yang suka emas. Dia yang dok bertanya, aku pula yang tertarik. Pada masa yang sama, kakak yang melayan kami sangat mesra. Aku tak terasa asing dan rendah diri. Jadi, terbit rasa nak membeli selepas melihat koleksi gelang yang tak berapa nak banyak pilihan itu hihi. Orang tak ada… kami je pelanggan mereka pada ketika itu. Selesa lah nak bertanya itu dan ini.

Harga emas 916 pada ketika aku beli semalam adalah RM252. Kawan kata, di Kedai Emas Anuar Putrajaya RM230. Mana-mana je lah. Gigih lah pula kann. Kos juga nak pergi Putrajaya. Ada beberapa pilihan gelang emas yang ada dan menarik perhatian aku – 7g, 14g dan 21g.

Aku nak beli untuk mak. Tak nak lah murah sangat. Nak beli mahal sangat pun takut mempengaruhi kewangan harian aku. Jadi, aku pilih emas pada berat 14g lebih pada harga sekitar RM3.8K lebih.

Pembelian yang tidak disengajakan. Tapi menjadi jua akhirnya. Mak aku gembira bukan kepalang lagi kedengarannya. Memang dia tahu aku nak belikan emas untuk dia. Tapi dia tak sangka aku beli pada harga tersebut. Excited betul suara dia dalam telefon hahaha. Betul lah kata orang, perempuan memang suka emas.

Mungkin selepas ini, tiap tahun boleh belikan rantai emas pada harga berkemampuan. Daripada simpan, baik beli emas. Nilainya akan naik dari semasa ke semasa. Insyaallah doakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *