Bangkit Daripada Sedih – Kata Kata Semangat Islam

Kekecewaan adalah salah satu cara Tuhan dalam berkata: “Aku punya sesuatu yang lebih baik buat kamu”.

Luka yang kamu goreskan sudah saya maafkan. Namun, jika kamu tidak bahagia, itu adalah kerana Tuhan Maha Membalas.

Lebih baik kehilangan sesuatu demi Tuhan. daripada kehilangan tuhan demi sesuatu.

Air mata dapat membersih dan menjernihkan hatimu. Menangislah sepuas hatimu.

Kata Kata Semangat Islam

Menangislah bila harus menangis. Kerana kita adalah manusia. Manusia akan terluka dan manusia pasti akan menangis. Namun, manusia juga boleh mengambil hikmah dan pengajaran daripadanya.

Apa sahaja kesilapan yang kita belajar dari masa lalu akan membantu kita dimasa hadapan. Namun, selagi kita tidak belajar daripadanya, kesilapan yang sama akan tetap berulang.

Bersabarlah. Manisnya hidup akan terasa setelah lelahnya berjuang.

Jangan mengeluh dan jangan menyerah. Teruskan berjuang. Semuanya akan baik pada waktunya. Semangat!

Baca: Putus Asa – Koleksi Kata Kata Semangat Malaysia

Mengeluh membuat hidup kita tertekan. Sedangkan bersyukur membawa kita pada jalan kemudahan.

Jangan biarkan masa lalu meragut masa kini sehingga menghancurkan masa depanmu.


Kata-Kata Semangat Dari Kegagalan

Allah menyayangimu. Cara Allah menyayangimu bukan dengan mengurangi beban yang kau pikul Tapi, dengan cara menambah bebanmu. Berbagai kesulitan yang kau hadapi adalah caraNya untuk menguatkanmu. Sehingga kau mampu melaksanakan amanah.

Kata Kata Semangat Islam

YAKINLAH. Ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran (yang kau jalani) yang akan membuatmu terpana dan lupa betapa pedihnya rasa sakit.

BELUM TENTU yang ahli maksiat masuk neraka. BELUM TENTU yang ahli ibadah masuk syurga. Kerana dosa dapat terhapus dengan kesungguhan taubat dan pahala dapat terhapus dengan ujub dan riak.

Masalah tidak akan menjadi rumit jika kita boleh menyingkapnya dengan baik dan dengan kelapangan hati.

Disebalik kata ISTIQOMAH, ada perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak dan doa yang tidak pernah berhenti.

TETAP PERCAYA KEPADA ALLAH. Ketika semua hal tidak berjalan seperti apa yang anda inginkan. YAKINLAH!! Allah memiliki rencara yang lebih baik untuk anda.

Baca: Tip Kurus: Kebaikan Green Tea / Teh Hijau

ALLAH SELALU DEKAT. Kita sahaja yang seringkali menjauh.

Kegagalan adalah kemenangan yang tertunda. Jangan menyerah kerana dengan menyerah, bererti tidak ada kemenangan.

Perkataan SAHABAT YANG JUJUR lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang.

Usaha terus meskipun situasi semakin sulit.


Ayat Semangat Untuk Orang Sedih

Dahulu Maksiat, sekarang Taat
Dahulu Nakal, sekarang Baik
Dahulu Mabuk, sekarang Taubat
Dahulu Kedekut, Sekarang Taubat.
Kita semua punya masa lalu. Tapi, kita juga berhak untuk punya masa depan.

TIDAK ADA KATA GAGAL sebelum kau berusaha bersungguh-sungguh dengan akal, fikiran, tenaga dan kesabaran yang utuh.

Kegagalan terbesar adalah ketika kita tidak pernah mencuba.

Jangan biarkan hatimu berlarutan dalam kesedihan atas masa lalu. Adakah kamu tidak pernah bersiap sedia untuk menghadapi apa yang akan terjadi?

Setiap kejayaan memerlukan usaha dan kejujuran. Ketika anda menghadapi kegagalan, jadikan ia sebagai sebuah batu loncatan.

Hidup tidak selalu tentang bahagia. Hidup juga tentang kesedihan.

TUHANKU, hapuskan kesedihan hatiku dan kebingungan fikiranku. Bangunkan aku esok dalam kebahagiaan. Aamiin

Berharaplah bahawa esok hari kau akan bangun dalam kebahagiaan. Hapuskanlah segala kesedihan hati dan kegundahan fikiran saat kau akan terlelap.

Jadilah orang yang…
Kehilangannya dicari,
Kehadirannya dinanti,
Kepergiannya dirindui,
Kematiannya ditangisi,
Kebaikannya diteladani.

Jika tuhan mengambil sesuatu dari tanganmu, jangan berfikir dia sedang menghukummu. Dia hanya mengosongkan tanganmu agar kamu dapat menerima sesuatu yang lebih baik.

Kata Kata Semangat Islam

Kata Kata Semangat Islam Kata Kata Semangat Islam Kata Kata Semangat Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *