Bahasa Melayu – Kata Kata Cinta Mengharukan, Motivasi, Islami

Jika saya teringatkan awak, cepat-cepat saya beristighfar. Agar Dia tahu saya tetap mengingatiNya walaupun saya ada awak…


Baca: Baik atau Buruk? – Pelbagai Petanda Mimpi Ular

Setiap kali awak pandang saya, saya akan pandang ke arah lain. Dan setiap kali awak pandang ke arah lain, saya akan curi-curi pandang awak.


Cinta adalah ketika kita merasakan suatu getaran rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Baca: Ucapan Perpisahan Persaraan


Allah tidak memandang rupa, harta dan pangkat kita. Akan tetapi yang dipandang adalah hati dan amalan kita.


Ramai orang memilih untuk menipu dengan alasan untuk menjaga hati. Tahu tak? Hati yang dijaga itu akan lebih terluka apabila tahu akan kebenarannya…


Biar putus cinta dengan manusia, asalkan tidak putus cinta dengan Allah. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Namun, jika putus cinta dengan Dia, apa lagi yang nak digantikan?


Terima kasih kerana pernah membuat saya tersenyum. Walaupun kini saya tersenyum dalam tangisan.


Jangan takut, jika ia adalah yang terbaik. Allah akan dekatkan. Jika bukan yang terbaik, Allah akan selesaikan dengan cara Dia.


Jangan paksa saya untuk mencintai awak. Biarkan perasaan itu tumbuh sendiri dalam hati ini.


Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.


Kalau kita sakiti hati seseorang, suatu hari nanti pasti ada seseorang yang akan menyakiti hati kita.


‘Cinta High Class’ – ialah cinta yang mendaulatkan Allah nombor satu. Cintamu padaku kerana Allah, tuhanmu yang satu. Cintamu bermujahadah menahan nafsu.


Ujian yang hebat untuk orang yang hebat adalah SABAR. Allah tahu betapa gigihnya kamu berusaha untuk bangkit dan terus melangkah. Kuatkan hati.


Orang yang menangis tidak selamanya dia menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia. Sabarlah duhai hati.


Diuji dengan kesedihan dan ketakutan adalah ujian keimanan untuk kita. Allah uji kita supaya kita lebih kuat untuk hadapi dugaan mendatang.

Bahasa Melayu – Kata Kata Cinta Mengharukan, Motivasi, Islami Bahasa Melayu – Kata Kata Cinta Mengharukan, Motivasi, Islami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *