80 Petanda Anggota Badan Bergerak?

petanda anggota badan bergerak

80 Petanda anggota badan bergerak – Setiap kali ada anggota badan yang berdenyut dan bergerak banyak kali, kalian mesti akan membuat carian di internet untuk mengetahui akan sebab musabab / musibahnya. Sekadar isi masa lapang 🙂

Disini disertakan alamat / petanda gerakan anggota tubuh yang lain. Baca boleh, percaya jangan.

Read: New Development – LBS Kita Cybersouth, Dengkil

Kepala

  1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.
  2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.
  3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.
  4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.
  5. Kening sebelah kiri : akan gembira.
  6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.
  7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.
  8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.
  9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.
  10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.
  11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.
  12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.
  13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.
  14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.
  15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.
  16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.
  17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.
  18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.
  19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.
  20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.
  21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.
  22. Read: Best Durian Places in Kuala Lumpur: Cheap Durian in KL and PJ
  23. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.
  24. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.
  25. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.
  26. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.
  27. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.
  28. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.
  29. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.
  30. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.
  31. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.
  32. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.


Badan

  1. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.
  2. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.
  3. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.
  4. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.
  5. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.
  6. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.
  7. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.
  8. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.
  9. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.
  10. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.
  11. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.
  12. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.
  13. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.
  14. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.
  15. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.
  16. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.
  17. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.
  18. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.
  19. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.
  20. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.
  21. Ulu hati : akan mendapat wang.
  22. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.
  23. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.
  24. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.
  25. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.
  26. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.
  27. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

Tangan

  1. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.
  2. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.
  3. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.
  4. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.
  5. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.
  6. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.
  7. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.
  8. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.
  9. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.
  10. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.
  11. Read: 100 Travel Blog Taglines Ideas & Example
  12. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.
  13. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.
  14. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.
  15. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.
  16. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.
  17. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.
  18. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.
  19. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.
  20. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

Kemaluan

  1. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.
  2. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.
  3. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

bibir bergerak sendiri pertanda apa,pipi kanan bergerak sendiri,tanda hidung berdenyut,pipi kiri bergerak-gerak,pipi kiri atas bergerak,pipi bergerak gerak sendiri,kening berdenyut,maksud kemaluan bergerak, Petanda Anggota Badan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *