7 Cara Tangani Kesedihan

Dalam menghadapi kehidupan seharian, pastinya kita akan sentiasa didatangi dengan pelbagai jenis ujian dan cabaran. Kadangkala, ia datang dengan ujian hebat yang tidak disangka-sangka. Ada masanya sampai terduduk kita dibuatnya memikir seolah-olah kesal dengan ujian yang menimpa.

Baca: The Truth About Deciding What To Feed Your Pet

#1 Masalah Satu Hikmah

Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Kuatkan iman, pupuk kesabaran dan mantapkan keyakinan dalam menghadapi kesedihan ini.

Cuba terapkan dalam hati akan hikmah yang baik jika kita berjaya tempuhi ujian ini dengan penuh keinsafan dan kesabaran.

#2 Jangan Anggap Masalah Perkara Besar

Masalah adalah asam garam dalam kehidupan. Ia akan sentiasa datang dan pergi. Hidup sememangnya untuk diuji dengan masalah. Akhirnya, masalah inilah yang kana menjadikan kita kuat dari hari ke hari.

Baca: Karangan Kebaikan Penggunaan Media Sosial

#3 Sedar, Semua Orang Ada Masalah Masing-Masing

Kita perlu sedar, Tuhan tidak menguji hambanya kecuali sesuai dengan kemampuannya. Kita perlu ingat, semua orang ada masalah. Bezanya cuma jenis dan caranya sahaja.

Tuhan akan memberikan pahala kebaikan jika seseorang yang sedang diuji tersebut bersabar, melakukan kebaikan dan berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang diredhai-Nya. Begitu juga sebaliknya.

#4 Besarkan Jiwa

Analoginya, umpama kita mengambil sacubit garam dan masukkannya ke dalam air dalam gelas, sudah pasti air itu akan menjadi masin. Namun, bagaimana pula jika kita masukkan secubit garam ke dalam kolah yang besar, air tidak akan terasa masin.

Begitulah juga halnya diri kita untuk sentiasa berlapang dada dan membesarkan jiwa. Ia berkait rapat dengan cara kita berfikir agar tidak murung dan terbeban.

#5 Berhadapan dengan Masalah

Tidak logik dalam kehidupan ini, kita tidak ada masalah. Bezanya cuma kecil atau besar dan mampu atau tidak kita hadapinya. Bukan masalah yang perlu diambil perhatian. Namun, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hadapi masalah tersebut.

Kita perlu sentiasa bersedia dengan 1001 kemungkinan dalam kehidupan ini.

#7 Positifkan Minda

Ujian itu hadiah dari Tuhan. Cuba tukar perkataan ‘masalah’ kepada ‘ujian atau cabaran’. Ia juga mungkin satu peringatan daripada Tuhan agar kita sentiasa mengingat pada-Nya. Apabila kita ingat Allah, Allah akan saya ng kepada kita.

#7 Masalah Penghapus Dosa

Berdoalah dengan tuhan agar kesusahan kita di akhirat kelak akan diringankan. Anggap sahaja kesedihan masalah yang menimpa itu merupakan ujian yang mampu mengurangkan dosa-dosa kecil kita.

Hidup di dunia ini adalah ladang akhirat. Selama kita masih hidup di dunia ini, Tuhan pasti akan menguji kita untk menilai sekuat apa iman kita dan seberapa tinggi darjat kita di sisi-Nya.