5 Tip Menulis di Media Sosial

Media sosial merupakan platform untuk berinteraksi secara dua hala dengan para rakan / pengikut maya. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua.

Saat ini, media sosial sepertinya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan seharian. Terasa tidak lengkap hidup jika tidak layari media sosial dalam sehari. Contoh paling mudahnya ialah hampir semua daripada kita ini samaada selepas tidur dan sebelum tidur, mesti akan menatal status rakan-rakan di media sosial. Jika status itu menarik, tangan pun akan terasa rajin untuk menaip meninggalkan komentar pada status tersebut. Atau, paling kurang pun pasti akan menekan butang ‘LIKE’.

Baca: 7 Tip Menambah Pengikut di Instagram

Meh sini, kita kongsikan 10 cara untuk menulis pos yang boleh memikat pembaca atau pengikut di laman sosial anda. Mana tahu, ia boleh digunakan untuk menjadikan komunikasi kita di media sosial lebih berkesan.

Pos yang Relevan

Tulis sesuatu pos yang mampu membuat orang teruja nak membaca serta merta. Elakkan mengemaskini hal-hal bersifat peribadi terlalu kerap. Mungkin orang tak kisah mana. Tapi lama kelamaan, orang akan pandang semacam je.

Baca: Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat

Pos yang Ringkas

Tulis pos yang ringkas dan padat. Belajar untuk menyunting pos bagi mengelakkan salah faham. Elakkan pos yang bersifat memerli atau mengundang ketidakselesaan majoriti pembaca.

Tanya Soalan

Melontarkan soalan adalah cara yang berkesan untuk menarik perhatian pembaca. Ramai je makcik dan pakcik bawang diluar sana yang suka memberikan pendapat. Because we care each other katanya.

Visual yang Menarik

Pilihlah gambar atau video yang bagus pada setiap suapan berita. Visual yang bagus akan menarik minat pembaca. Pastikan pos kita itu tidak menjatuhkan maruah orang lain, aurat (jika perlu) dan hal ehwal privasi mereka.

Emosi\

Dorongan emosi selalunya akan menarik minat pembaca. Cuba tulis pos yang menarik minat pembaca untuk memberikan reaksi dan ingin berkongsi pendapat. Jika status itu baik untuk dikongsikan, apa salahnya kita sama-sama berkongsi cerita kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *